Tuesday, October 26, 2010

Surat Kiriman

Fadilah bte Yunos

Blok 183 Jalan Kembangan

#02-123

Singapura 100183



1 Oktober 2010



Pegawai Bandaran Taman Anggerik

Blok 20 Jalan Kembangan

#01-44

Singapura 490020



Tuan



Perkara: Masalah kebersihan sewaktu menjaja makanan



Berhubung dengan perkara di atas, saya ingin mengetengahkan masalah mengenai kerbersihan apabila menjaja makanan di gerai-gerai pasar malam berdekatan dengan rumah saya. Saya ingin mencadangkan beberapa langkah-langkah yang boleh diambil.



Masalah yang pertama adalah, ada diantara penjual-penjual di gerai-gerai pasar malam itu yang menghisap rokok apabila menyediakan makanan yang ingin dijual. Ini amat membahayakan kerana habuk dari rokok tersebut boleh terjatuh ke atas makanan tersebut. Jika perkara sebegini berlaku, ramai pelanggan yang telah ke gerai-gerai tersebut akan jatuh sakit akibat sikap cuai penjual-penjual tersebut. Langkah yang pertama yang boleh diambil adalah dengan menggunakan sarung tangan. Dengan ini, masalah seperti keracunan makanan dapat dikurangkan dan kebersihan di gerai-gerai tersebut akan terjamin.



Masalah yang kedua adalah, penjual-penjual di gerai-gerai haruslah memantau jika makanan mereka masih lagi boleh dimakan. Makanan mereka haruslah segar dan tidak lemau. Selain dari itu, mereka juga harus memastikan bahawa makanan-makanan mereka tidak sejuk akibat dibiarkan di tempat siaran untuk masa yang agak lama. Langkah yang kedua pula adalah, penjual-penjual harus memastikan bahawa makanan mereka selamat dimakan dan kualiti makanan tersebut haruslah segar. Jika tidak, ramai orang tidak akan ke gerai-gerai tersebut. Dan apabila mereka mempunyai kekurangan pelanggan, keruntungan mereka juga akan terjejas dan akan menghadapi kerugian yang besar.



Masalah yang ketiga pula adalah,mereka harus mencuci segala peralatan-peralatan yang digunakan untuk memasak. Selain dari itu, mereka juga harus memastikan bahawa makanan-makanan yang dijual itu tidak dihinggapi oleh lalat atau serangga. Ini kerena, lalat atau serangga yang menghinggapi pada makanan-makanan tersebut membawa kuman yang tidak baik jika dikonsumsi.



Akhir kata, saya berharap Tuan akan mengambil tindakan dengan secepat mungkin. Sekian terima kasih.



Yang benar

Fadilah

(Fadilah bte Yunos)

Thursday, August 19, 2010

Karangan Deskriptif- Sambutan Hari Kebangsaan Singapura Di Sekolah

Untuk sambutan Hari Kebangsaan Singapura di sekolah saya pada tahun ini, kami telah melakukan beberapa aktiviti-aktiviti yang menarik. Pada mulanya, kami telah menyaksikan perbarisan dari pelbagai kumpulan seragam. Selepas itu, kami terus ke tempat-tempat yang tertentu untuk menyaksikan permainan bola kapten. Hampir semua murid-murid yang ada di situ memberikan sorakan dengan penuh semangat. Suasana di sekolah saya sungguh meriah sekali. Dan apabila keputusan muktamad diumumkan, murid-murid daripada kelas tersebut melonjak kegembiraan.


Setelah kami menyaksikan permainan bola kapten tersebut, kami pun ke dewan sekolah untuk menyaksikan persembahan yang telah diadakan. Saya amat kagum apabila melihat bertapa baiknya persembahan yang telah diadakan. Persembahan yang telah diadakan
adalah seperti persembahan menari oleh penari-penari Cina dan Melayu, tarian daripada murid-murid berlainan kelas, kuiz dan juga video yang menceritakan mengenai sejarah Singapura. Penari- penari Melayu telah mempersembahkan tarian 'Lambaian Si Jelita'. Kostum-kostum mereka sungguh cantik dan tarian mereka pula sungguh berseri sekali. Penari-penari Cina pula memakai bju-baju tradisional mereka. Lengan tangan mereka pula amat menarik sekali kerana saiznya panjang dan kelebarannya pula amat luas. Selepas persembahan oleh penari-penari Cina dan Melayu, tiba pula persembahan dari murid-murid daripada kelas-kelas yang lain untuk mempersembahkan tarian hiphop mereka. Saya sungguh terperanjat apabila terlihat mereka melakukan pergerakkan yang susah. Dan kemudiannya, kami disoal untuk kuiz tersebut. Soalan-soalan yang diberikan tidak begitu susah untuk menjawab.

Selepas kuiz tersebut, kami menonton video mengenai sejarah Singapura. Saya berasa begitu sedih apabila kami terpaksa berpisah daripada negara Malaysia. Tetapi saya tetap bangga menjadi seorang rakyat Singapura kerana negeri saya sentiasa bersatu padu untuk mencapai sesuatu dalam masa hadapan kami. Selepas menonton video tersebut, kami semua bernyanyi lagu-lagu hari kebangsaan. Saya berasa sungguh gembira kerana dapat melihat semua rakan-rakan saya bersemangat untuk bernyanyi lagu-lagu hari kebangsaan itu.

Akhir sekali, saya berasa gembira dan bangga menjadi seorang rakyat Singapura kerana negara saya sentiasa aman dan selamat dan juga ia sentiasa menjadi negara yang saya cintai.

Thursday, August 12, 2010

Surat Kiriman

Afiqah binti Ramli
Blk 33, Jalan Mengkudu
#05-50
Singapura 330033

13 Ogos 2010

Pegawai Perhubungan Awam
Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap
20 Jalan Insaf
Singapura 780301

Tuan
Perkara: Permintaan Agar Perkhidmatan Bas Cekap Disambung Semula.

Merujuk kepada perkara di atas, saya ingin merayu agar Syarikat Perkhidmatan Bas Cekap disambung semula. Setelah perkhidmatan tersebut dihentikan, ia telah mendatangkan banyak kesukaran kepada para penduduk yang tinggal di Jalan Mengkudu. Ada beberapa sebab mengapa perkhidmatan tersebut patut disambung semula.

Sebab yang pertama adalah penduduk-penduduk di Jalan Mengkudu harus melalui perjalanan yang lebih jauh untuk ke tempat destinasi mereka. Mereka harus ke stesen bas hanya semata-mata untuk menaiki bas-bas tertentu,dan selepas menaiki bas,ada diantara mereka yang harus menukar bas. Tetapi, jika adanya perkhidmatan Bas Cekap, mereka akan sampai ke tempat yang mereka ingin tujui dalam masa yang singkat dan tidak perlu berjalan jauh. Dan bukan itu sahaja, mereka juga tidak perlu munukar bas.

Sebab yang kedua pula adalah ramai penduduk telah mengadu bahawa tambang bas-bas syarikat yang lain lebih mahal berdanding dengan syarikat Tuan. Mereka ingin berjimat cermat kerana bukan sahaja tambang tersebut mahal, malah mereka berasa bahawa tambang yang mereka harus membayar tidak bernilai. Ia tidak bernilai kerana mereka perlu menukar bas-bas yang lain. Ini juga menimbulkan tidak keselesaan untuk mereka.
Dan sebab yang ketiga pula adalah perkhidmatan Bas Cekap sentiasa datang tepat pada waktunya. Walaupun kesesakkan jalan raya selalu berlaku pada hampir setiap pagi, perkhidmatan Bas Cekap akan tiba pada waktu yang lebih awal supaya tidak terperangkap dalam kesesakkan tersebut. Dengan perkhidmatan Bas Cekap, murid-murid atau mereka yang hendak ke kerja tidak akan terlewat untuk sekolah dan kerja.
Akhir kata, saya merayu agar perkhidmatan Bas Cekap akan disambung semula di Jalan Mengkudu. Saya berharap Tuan akan menimbangkan rayuan saya. Terima kasih.
Yang benar
Afiqah
(Afiqah binti Ramli)

Tuesday, August 3, 2010

Crop Circle



Crop Circle adalah pendataran tanaman-tanaman yang agak besar. Ia adalah sesuatu perbuatan misteri yang tidak dapat diketahui oleh saintis ataupun penyiasat-penyiasat sehingga ke hari ini. Tanaman-tanaman yang sering diratakan adalah tanaman bijiran, barli, rai dan jagung. Perbuatan sedemikian tidak dapat dilakukan oleh manusia kerana ia mengambil masa yang amat singkat untuk dibentuk. Terdapat sesebuah buku yang bertajuk:- The Demon-Haunted World:Science as a candle in the dark, yang ditukis oleh Carl Sagan berkata bahawa kelakuan Crop Circle tidak dilakukan oleh makhluk asing kerana tidak ada bukti yang mengatakan bahawa ia adalah kelakuan mereka. Ada juga diantara lapan puluh orang telah menyaksikan cantuman Crop Circle dan mereka mengatakan bahawa cantuman tersebut berlaku hanya dalam masa dua puluh saat.
Mereka juga berkata bahawa ada diantara kes-kes di mana mereka terlihat perkara yang amat aneh seperti batang-batang cahaya, cahaya yang berbentuk bola dan banyak lagi. Cantuman Crop Circles dilakukan pada waktu dua hingga empat pagi,secara tradisi.

Wednesday, March 3, 2010

Hari Pertahanan Mutlak

Saya akan ...
berusaha dengan tekun untuk menjadi seseorang yang boleh memebuat kawan dengan bangsa lain, tidak kira di sekolah ataupun di luar. Saya ingin mempunyai ramai rakan-rakan supaya saya boleh menyebarkan kebahagiaan kepada mereka. Untuk keluarga saya pula, saya ingin mengeratkan lagi hubungan di antara satu sama lain. Saya akan cuba untuk lebih memahami jikalau mereka mempunyai masalah, dan menolong mereka dengan memberikan cadangan kepada mereka.Bagi pelajaran saya di sekolah pula, saya akan cuba dengan sedaya upaya saya untuk lulus peperiksaan saya dan akan belajar dengan tekun untuk subjek-subjek yang kurang saya fahami supaya saya dapat mengembirakan orang tua saya dan juga diri saya.

Tuesday, February 2, 2010

Malapetaka Di Haiti

Pada 12 Januari 2010,waktu 4.53 petang,negara Haiti telah dilanda gempa bumi yang amat kuat sekali.Banyak bangunan dan tempat tinggal dimusnahkan akibat gempa bumi tersebut. Dianggarkan seramai tiga juta orang dijejas oleh gempa bumi itu.Sebanyak 20,000 bangunan-bangunan komersial dan ramai lagi diruntuh ataupun dirosakkan dengan teruk.Kebanyakkan negara yang lain menghulurkan bantuan kepada negara itu dengan memberi sumbangan,menghantarkan pasukan penyelamat,jurutera-jurutera dan juga kakitangan sokongan. Sistem telekomunikasi, udara, tanah, dan kemudahan pengangkutan laut, hospital-hospital, dan rangkaian-rangkaian elektrik telah dirosakkan oleh gempa bumi di mana penyelamatan dan usaha-usaha terganggu.Sebanyak 180,000 yang telah disahkan mati akibat gempa bumi tersebut.Kira-kira sebanyak 1.2 juta yang kehilangan rumah mereka.Saya berasa sedih dan simpati akan mangsa-mangsa yang dijejas sewaktu gempa bumi tersebut.Saya rasa jikalau kesemua negara berkumpul untuk mengumpulkan dana untuk negara tersebut,tentulah mereka akan berasa gembira atas bantuan yang diterima oleh mereka.Saya pula akan cuba mendermakan untuk kebajikan.

Tuesday, August 18, 2009

Hari Kebangsaan

Pada Hari Kebangsaan sekolah saya mengadakan beberapa peraduan sukan untuk murid-murid menengah satu,dua dan tiga. Murid-murid perempuan menengah dua dan tiga pula mengambil bahagian dalam peraduan sukan bola kapten sementara murid-murid lelaki menengah dua dan tiga megambil bahagian dalam peraduan sukan iaitu bola sepak. Sedang rakan-rakan sekelas saya sedang sibuk bermain sukan bola kapten,saya dan rakan-rakan yang lain bersorak untuk mereka degan kuat dan penuh dengan semangat. Akhirnya kelas saya tidak berjaya untuk mendapatkan piala tetapi kami tidak berasa sedih. Sebaliknya kami tetap bergembira walau apa pun keputusannya. Setelah tamat sekolah, saya menelefon rakan saya yang lain untuk memastikan tempat yang kami harus berjumpa nanti.

Dalam pukul empat lebih, saya telah ke tempat yang diarahkan oleh rakan saya iaitu di Suntec City. Rupa-rupanya, rakan saya mengajak saya ke sebuah tempat makan yang dikenali sebagai Swensens. Setelah itu, saya dan rakan saya pergi ke suatu tempat berdekatan dengan Marina Bay. Suasana di tempat itu amat meriah sekali dan terdapat ramai orang yang berkumpul di sana untuk menyaksikan bunga api. Rakan saya membawa kameranya dan mual mengambil gambar-gambar bunga api yang kelihatan di langit. Saya bangga menjadi rakyat Singapura.